glitter-graphics.com href="http://www.glitter-works.org" target=_blank>glitter-graphics.com

Selasa, 8 Mac 2011

TaLaM KeLaDi

TaLaM KeLaDi...VS...TuPpErWeAr KeLaDi...





Ni lak projek ke-3...projek last dh penat dah...ngantuk dah...pukoi 1pg td baru siap kukus semua...zai wat 3 bekas..hhuuhh..tak baik mengeluh...ishh..ishhh...k lah kepada semua lihatlah resepi ni dan cuba lah buat..zai juz tambah sikit2 jer...selalunya org panggil talam keladi tapi zai nak kasi nama baru iaitu TUPPERWEAR KELADI....ha nama baru ni   sesapa jgn tiru er...hehehe...suka hati org lah kan nak kukus dlm ape pun..



Bahan-bahan ( satu famili )

(utk lapis bawah)
300 ml santan dari 150 gm kelapa parut (buang kulit)
Garam secukup rasa
65 gm tepung beras
1 tsp tepung gandum biasa
100 gm keladi (yam), potong dadu & kukus separuh masak & lenyek2kan sedikit
55 gm gula pasir

(utk lapisan atas)
100 ml santan dari 100 gm kelapa parut (buang kulit)
Garam secukup rasa
80 gm gula pasir
2 tbsp tepung beras
20 gm tepung jagung
1 biji telor, dipukul sedikit
Sedikit pewarna unggu (purple or violet)


(Nota : untuk.lapisan atas ni zai wat guna 3kali adunan maknanya kalau santan zai jd.kan 300ml.zai nak seimbangkan lapisan atas dan bawah.jadi bahan2 lain pun perlu tambahkan juga.)




I like purple....



Cara-cara

Campurkan semua adunan untuk lapisan bawah.
 Panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letak loyang berukuran 8" bulat ber-griskan sedikit minyak.
Tuang adunan untuk lapisan bawah pada loyang tadi & kukus selama 10-15 min
(lapisan atas): Di mangkuk lain, campurkan santan, garam & gula hingga sebati.
Masukkan tepung beras & bahan2 lainnya. Gaul hingga sebati & tidak berbentil2; tapiskan.
 Tuang adunan ini keatas lapisan bawah.
Tutup semula kukusan tadi & kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak.
 Alihkan untuk disejukkan & potong.
 Gunakan pisau plastik & sapu sedikit minyak untuk memotong supaya tidak melekat.


(Nota : kalau guna tupperwear tak perlu sapu minyak..)

KeK CaRrOt LeMbUt

KeK CaRrOt LeMbUt..



Ha...ni lak projek zai ke-2 selepas projek wat kek oren tu...namanya kek carrot...huuuhh..memang zai letak bnyk carrot tu...nasib baik menjadi...kalau tak cik nah dgn cik yam lah makan...heheheh..tp.duduk kt bandar mana nak ade ayam..ayam dh sembelih ada lah...hehehe...umah zai ni keliling dgn simen..nak bg.kt tanah mana..kih..kih...kihh....adui dah pukoi brapa dh sekarang ngantuk lak ape2 pun ni ha resepinya...zai amik dr.resepi sape tah..dah lama lupa dah zai...kpd.penyumbang terima kasih yer...tapi.zai wat suka hati jer..nasib baik menjadi lemak mcm mak zai wat dulu2...huhuhuhu...teringat dgn.mak aku.....huhuhu...zai copy paste je ni resepinyer...maleh la nak taip bnyk2 dh pukoi 1pg dh...




Bahan-bahan ( 1 biji kek )

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
kismis hitam (zai tambah sendiri)

Cara-cara

Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.




baru keluar dari oven..adui..panas..panas...lalu..lalu...hehehe...gimik lebih..





Dah potong nak masuk dlm tupperwear....


KeK OrEn LeMbAb

CuPcAkE OrEn KeSiHaTaN...
Assalamualaikum kepada semua...mesti tertanya2kan nape tak n3 g harini...adui petang tadi tak tau nak wat per...pikir2 ada buah aren kt dlm.peti sejuk tu...jadi apa lagi carilah resepi...tup2 terjumpa dgn.resepi che mat gebu kita...zai copy lah...minta ye che mat...hehehe...dari tak der keja pe2 jadi kerja banyak lak...zai esk nak blik umah mak mertua.sebelum tu nak jengah umah atok dgn.bapa sedara suami..nak ziarah dh lama tak pegi selepas banjir besar kt muar dan segamat haritu..

Jadi zai ni buatlah buah tangan utk.meraka...bnyak jenis lak tu...zai wat kek oren ni sebenarnya nak bawa blik kt mak mertua tup2..adunan tu sikit lak ermhh...jadilah cupcake oren utk.zai dgn cik abg ptg td....lpas dh tak tau nak wat per...zai selongkar2 kt peti sejuk tu jumpalah carrot dgn.ubi keladi...nilah org kata tak der keja cari keja..jadi sampai malam ke pagilah ni dok tunggu wat semua g siap....apa2 pun kalau sesapa nak cuba kek oren ni leh lah tengok bahan2nya...zai rasa manisnya kurang sikit..jadi kalau nak jaga kesihatan bolehlah...kek kesihatan lak namanya yer...resepi ni dari.che mat gebu tau...pandai jer zai salin lak resepinyer yer...hehehe...minta yer che mat gebu kita...

Bahan2nya:(zai rasa ni utk.1/2 adunan je nanti double kan bahan dibawah utk.dpt.adunan penuh)

130 gm mentega
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus,asingkan 1 camca besar (kalau nak manis tambah sikit)
2 biji telur gred A,asingkan putih dan kuning
1 biji oren,parut kulit dan perah airnya

Cara2:
-putar mentega bersama gula sampai putih.masukkan kuning telur satu persatu dan putar sampai gebu.
-masukkan parutan oren,putar sampai sebati.masukan tepung berselang seli dgn.jus oren sampai habis.diakhirnya ialah tepung.
-dlm.bekas lain pukul telur putih bersama 1camca gula yg.diasingkan tadi sehingga berbuih.
-selepas itu kaup balikan dalam adunan tepung tadi.
-masukan dlm loyang yg.telah digris dan bakar dlm oven yg telah dipanaskan sehingga masak.bila nak tau masak ke tidak test dgn lidi samasa melekat ke tidak kalau melekat belum masak.