glitter-graphics.com href="http://www.glitter-works.org" target=_blank>glitter-graphics.com

Isnin, 25 April 2011

KeK PeLaNgi KArAmEL








Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Harini x tau nk masak pa..cik abg blik keja gtau nk g umah kwn dia mlm ni...jadi zai ni dh mengidam nk wat kek yg.sekarang ni jd bualan org ramai...zai tau kek ni pun kwn zai yg gtau ada resepi baru.jd semalam dh.skodeng sana sini cr maklumat resepi tersebut...

Tup...tup dapatlah resepinya...tapi zai masih tidak berpuas hati sebab kek lapisan bawah tu kurang kemas dan memuaskan.so far ok lah sedap gak.jd nk gtau cik abg cancel kan jelah g umah kawan tu sebab nk wat sekali lagi...mungkin esk lah pegi.saje nk g jln2...oklah mari kita semak resepi nyer.zai ada tambah2 ckit.


Bahan2nya:

a) 2-3 sudu makan gula pasir+ 1 sudu makan air (buat gula hangus)

b) karamel
   1 tin / 400ml susu cair
   70 gm gula kastor(zai guna gula halus)
   1 s/teh esen vanila
   4 biji telur kuning

c) kek
    *140gm tepung gandum
    *1 s/teh baking powder
    70 gm gula halus
    3 biji telur kuning
    135ml air biasa
    45ml minyak masak

d)marigue/putih telur bertanduk
   6 biji telur putih
   70gm gula halus
   1 s/teh cream of tar-tar
  
   pewarna kegemaran

(nota: bahan bertanda * diayak bersama)
Cara:

a) gula perang/hangus
  -masukan gula dlm loyang kek letakan ats api kecil sehingga gula menjadi keperangan dan tambah sedikit air  
   buat gula hangus.padamkan api.biar keras sedikit.

b)karamel
  -masak susu dan gula atas api sederhana sehingga gula larut kemudian tutup api.masukan susu
   tadi didlm mangkuk telur yg bercampur dgn esen vanila pukul sedikit.selepas itu tuang dan tapis ke ats gula
   perang/hangus yg.berada di dlm dulang pembakar tadi

c) kek
  -pukul telur kuning seketika kemuadian masukan gula dan terus memukul.masukan tepung ayak bersama
   baking powder.putar lagi.kemudian masuk air dan minyak.pukul sehingga sebati.

d) marigue
  -pukul telur putih sehingga kembang kemudian masukan gula sedikit2 dan cream of tar tar.pukul sehingga
   kembang bila di terbalikkan mangkuk telur tidak jatuh.selepas itu masukkan putih telur ke dlm adunan (c)
   kaup balikkan.bahagikan beberapa bahagian utk.dimasukan pewarna yg disukai.selepas itu lapiskan diatas
   karamel tadi.jgn risau adunan tepung ni tidak akan bercampur dgn karamel.dia akan terapung diatasnya.
- bakar didalam oven yg dulang pembakar bawahnya berisi air.bakar selama sejam dlm kepanasan 180c dan
  sehingga masak.zai guna api bawah sahaja.selepas masak jgn.tanggalkan lagi dulang biar kek ni sejuk
  terlebih dahulu.lps sejuk baru terbalikannya...simpan dlm peti sejuk sedap dimakan.siap...

(nota: jgn di sapu minyak atau butter disekeliling dulang pembakar.)