glitter-graphics.com href="http://www.glitter-works.org" target=_blank>glitter-graphics.com

Isnin, 25 April 2011

KeK PeLaNgi KArAmEL








Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Harini x tau nk masak pa..cik abg blik keja gtau nk g umah kwn dia mlm ni...jadi zai ni dh mengidam nk wat kek yg.sekarang ni jd bualan org ramai...zai tau kek ni pun kwn zai yg gtau ada resepi baru.jd semalam dh.skodeng sana sini cr maklumat resepi tersebut...

Tup...tup dapatlah resepinya...tapi zai masih tidak berpuas hati sebab kek lapisan bawah tu kurang kemas dan memuaskan.so far ok lah sedap gak.jd nk gtau cik abg cancel kan jelah g umah kawan tu sebab nk wat sekali lagi...mungkin esk lah pegi.saje nk g jln2...oklah mari kita semak resepi nyer.zai ada tambah2 ckit.


Bahan2nya:

a) 2-3 sudu makan gula pasir+ 1 sudu makan air (buat gula hangus)

b) karamel
   1 tin / 400ml susu cair
   70 gm gula kastor(zai guna gula halus)
   1 s/teh esen vanila
   4 biji telur kuning

c) kek
    *140gm tepung gandum
    *1 s/teh baking powder
    70 gm gula halus
    3 biji telur kuning
    135ml air biasa
    45ml minyak masak

d)marigue/putih telur bertanduk
   6 biji telur putih
   70gm gula halus
   1 s/teh cream of tar-tar
  
   pewarna kegemaran

(nota: bahan bertanda * diayak bersama)
Cara:

a) gula perang/hangus
  -masukan gula dlm loyang kek letakan ats api kecil sehingga gula menjadi keperangan dan tambah sedikit air  
   buat gula hangus.padamkan api.biar keras sedikit.

b)karamel
  -masak susu dan gula atas api sederhana sehingga gula larut kemudian tutup api.masukan susu
   tadi didlm mangkuk telur yg bercampur dgn esen vanila pukul sedikit.selepas itu tuang dan tapis ke ats gula
   perang/hangus yg.berada di dlm dulang pembakar tadi

c) kek
  -pukul telur kuning seketika kemuadian masukan gula dan terus memukul.masukan tepung ayak bersama
   baking powder.putar lagi.kemudian masuk air dan minyak.pukul sehingga sebati.

d) marigue
  -pukul telur putih sehingga kembang kemudian masukan gula sedikit2 dan cream of tar tar.pukul sehingga
   kembang bila di terbalikkan mangkuk telur tidak jatuh.selepas itu masukkan putih telur ke dlm adunan (c)
   kaup balikkan.bahagikan beberapa bahagian utk.dimasukan pewarna yg disukai.selepas itu lapiskan diatas
   karamel tadi.jgn risau adunan tepung ni tidak akan bercampur dgn karamel.dia akan terapung diatasnya.
- bakar didalam oven yg dulang pembakar bawahnya berisi air.bakar selama sejam dlm kepanasan 180c dan
  sehingga masak.zai guna api bawah sahaja.selepas masak jgn.tanggalkan lagi dulang biar kek ni sejuk
  terlebih dahulu.lps sejuk baru terbalikannya...simpan dlm peti sejuk sedap dimakan.siap...

(nota: jgn di sapu minyak atau butter disekeliling dulang pembakar.)



Ahad, 24 April 2011

MeE GoReNg MaMaK





Zai sebenarnya bila dh masak terus amik gambar tp tak juga sempat upload dlm ni...hari bila berkesempatan zai masukan apa yg zai ada...ok tak...hehehe...ok lah 2.dua hari lepas zai ada wat mee goreng mamak..bukan apa cik abang zai ni suka sangat makan kt kedai mamak dpn umah ni...kadang2 geram gak tak der tmpat lain...suka sangat dia makan kt ctu..

jadi zai pun wat lah sendiri mee goreng mamak ni...jadi ke mamak nyer...hehehe...tuan masak ni nk kata mamak pn tidak tp.ada lah sikit rasanya campuran melayu mamak...sebab keluarga sebelah ayah zai kebanyakan nya nampak cm mamak2 ckit...zai ni kira campuran lah..sebab doktor gigi penah mengesahkannya...hehehe...pandai betoi aku ni...tp.pada hakikatnya ayah zai x penah pn gtau...hehehe...ni lah resepinyer semua org pandai wat kan..


Bahan2nya:(ikut hidangan yg.anda inginkan)

mee kuning
ayam@daging dipotong halus
udang dibuang kulit
tauhu goreng dipotong halus
sayur sawi
lobak merah
taugeh
tomato dihiris bulat
*cili kering
*bawang putih
*bawang merah
kicap manis
sedikit garam
kiub pati ayam
telur
minyak utk.menggoreng

(bahan bertanda * dikisar halus)

cara:
pansakan minyak tumiskan bahan kisar sehingga garing.masukan udang,ayam,lobak merah & batang sawi.biar sehingga ayam dan udang masak.masukan kiub pati ayam,sedikit garam (jgn banyak sebab kiub & mee dh ada garam).selepas itu masukkan mee dan goreng sampai sebati.masukan kicap manis secukupnya goreng sebati.masukan daun sawi,tomato,taugeh,& tauhu.goreng sebati.last sekali buat bulat ditengah belanga pecahkan telur ditengah dan biar supaya telur masak sedikit dan goreng bersama mee sekelilingnya.siap..

ApAm PoLkA DoT

Cantik tak apam ni...bewarna warni rasa cm sayang nk makan....



Assalamualaikum dan selamat pagi...adui dh lama tak bersua disini.bukan apa zai skrg sibuk sikit..zai nk pindah jadi sibuk lah mengemas barang nk hantar kt kampung...tp dlm kesibukan ni 2 hari lps zai ada watkan buah tangan utk.diberi kepada kenalan baru zai suami dia nk g bekerja di Qatar.

Suami dia kawan suami zai.kebetulan sama2 dpt kerja di sana.suami zai bertlak bln 5 ni...sebab tu zai sibuk sikit skrg...ok buah tangan yg zai maksudkan tu ialah apam polka dot...zai baru pertama kali cuba nasib baik menjadi...ingat nak wat kek nk kasi tp dia pn memang kaki wat kek so zai pn cr pnya cari skodeng pnya skodeng benda apa yg best ckit nk bawa.jadi jumpalah apam polka dot ni...

resepi ni dh lm zai simpan.terima kasih kpd empunya resepi ni...best wat nya x de masalah juz ambil masa lama sikitlah sebab zai br cuba dh wat 2 adunan.tapi memang syok.di sini zai lampirkan resepinya...



Bahan2nya:


3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair - (zai guna santan)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (zai guna sekaya dan rozella filling)
pewarna
paper cup secukupnya


Cara-cara

masukkan telur pukul sehingga kembang,selepas itu masuk gula terus pukul dan masukan ovalette.pukul sehingga kembang.selepas itu masukan santan berselang seli dgn tepung yg diayak bersama baking powder. pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
last sekali dot-dot kan dengan adunan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak



ni separuh kasi kawan zai separuh kasi jiran2 zai...