glitter-graphics.com href="http://www.glitter-works.org" target=_blank>glitter-graphics.com

Sabtu, 5 Mac 2011

AcAr RaMpAi

AcAR RaMpAi MuDaH& SeNaNg



Ha...acar merupakan gandingan yg.tak dapat dilupakan bila makan nasi beriani...simple dan senang wat nya...semua org tau kan nk watnya...


Bahan2nya:
carrot
timun
nenas
bawang merah
(sayuran dipotong ikut suka)
garam
gula
cuka
sedikit air masak/suam

Cara2nya:
tuang cuka dan air masak/suam ke dlm mangkuk + garam+ gula.kacau sehingga semuanya larut.masukan semua sayuran yg.telah dipotong tadi gaul sehingga sebati.siap.....

AyAm GoReNg BeRemPaH

AyAm GoReNg BeReMpAh VeRsI SaYa....





Selain dari masak kuzi,kurma,masak pedas utk.bergabung dgn.nasi beriani..ayam goreng juga tidak ketinggalan.zai lebih suka makan nasi beriani bersama ayam goreng rempah.zai t/hari td.wat ayam goreng je.disini zai nk kongsikan dgn.anda semua resepi yg.zai wat sendiri...

Bahan2nya:(ikut hidangan anda)
6 potong ayam
*1-2 ulas bawang putih
*sedikit jintan manis
*1-3 cili padi
1 sudu mkn serbuk cili
1 sudu mkn serbuk kunyit
1 sudu mkn serbuk kari ayam
1 sudu mkn tepung jagung
sebiji telur dipukul sedikit
garam (sedikit sahaja garam dimasukkan sbb nk perap)
serbuk perasa

Cara2nya:
campurkan semua bahan diatas perap lebih kurang 30mint -1jam.selepas itu goreng dgn minyak dan tutup.gunakan api sederhana supaya ayam tidak hangus dan didalam isinya masak.angkat dan toskan..siap...

DaLcA AyAm

DaLcA AyAm TuRuN TeMuRuN....



zai nak kongsikan resepi turun temurun mak zai..bnyak zai tngk resepi2 lain kebanyakannya tumis.tapi zai punya resepi tak tumis ringkas jer.mak zai selalu wat cmni kt tempat kenduri kiranya mak zai ni tukang masak lah kt kampung bila nk kenduri...tapi anak dia ni tolong makan ja lah kt tempat kenduri tu...hehehe...ni ha resepinya..


Bahan2nya:
1-1/2 cwn kacang dal direndam sebentar dan toskan
ayam ikut suka (kaki,leher,daging)
*3 ulas bawang putih
*6-10 tangkai cili kering
*3-4 sudu makan serbuk kari
*1sudu makan serbuk kunyit
3 cwn satan /secukupnya

(sayur kat bawah ni ikut citarasa anda nk masukkan)
carrot dipotong kecil
terung kecil dibelah
ubi kentang
garam
gula
serbuk perasa

(Nota : bahan bertanda * di blender)

Cara2:nya
masak bahan yg.telah di blender tadi sehingga kering sedikit kemudian masukkan 2/3 kacang dal dan sedikit santan.masak kacang tadi sehingga empuk dan hancur.kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam itu empuk.selepas itu masukan santan,kacang dal yg.tinggal 1/3 tadi,sayur2an,garam,gula,dan serbuk perasa secukup rasa.masak sehingga mendidih/betul2 masak dan pekat sedikit.siap utk.dihidang.

NaSi BeRiAnI..

NaSi BeRiaNi...
ter over rempah..huhuhu...tu yang nampak gelap ckit..tapi sedap..




Assalamualaikum dan terima kasih kpd.semua pengunjung yg.sudi ke blog zai ni....harini cutikan...anda semua masak pe kt family...zai sebenarnya dh plan dr.smalam nk wat nasi beriani..selalu sangat zai dan cik abg g  makan kt kedai mamak...dh la muka pun lebih kurang sepesen je dgn mamak tu...hehehe...urhm..barang2 nak wat tu beli dh seminggu dah tp.lum wat2 lagi...haaa....harini tercapai gak nak wat nya...zai x wat bnyak lauk...juz dalca,acar dan ayam goreng je..ade org suka makan dgn.kuzi,kurma,masak pedas..tapi zai lebih suka ayam goreng jer...

Disini zai nak kongsikan resepinya.sebenarnya zai tngk sama je resepi2 nasi beriani ni...zai pandai2 lah wat sekadar ingat2 cmtu ja...k lah ni zai sertakan resepinya...

Bahan2nya:
2 cwn beras basmathi (direndam lebih kurang 1jam dan toskan)
2 cwn air (ikut sukatan anda)
1 cwn susu cair
2 sudu makan minyak sapi
4 susu makan minyak jagung/masak
*2ulas bawang putih
*3ulas bawang merah
*1/2 inci halia
1/2 sudu makan rempah beriani
rempah (kulit kayu manis,bunga cengkih dan bunga lawang)
daun pandan disimpul
gajus yg.digoreng tanpa minyak
sedikit kismis
daun bawang/ketumbar
sedikit pewarna kuning+ sedikit air
garam secukupnya
sedikit serbuk perasa

(Nota : bahan bertanda* di blender)

Cara2:nya
1.panaskan minyak dan minyak sapi,tumis bahan yg di blender beserta kulit kayu manis,bunga cengkih dan bunga lawang tadi sampai kekuningan.

2.masukan rempah beriani.masak sehingga garing.masukkan air.susu cair,daun pandan,garam dan serbuk perasa.

3.tunggu sehingga mendidih..selepas mendidih masukkan beras,atas beras tadi taburkan sedikit daun bawang/ketumbar,kismis dan gajus.

4.setelah kering air,gaul nasi perlahan2 supaya bahan tadi bercampur dan tutup dgn.tudung periuk seketika dgn.menggunakan api yg.kecil.selepas beberapa minit buka tudung periuk dan renjiskan pewarna yg telah dicampurkan dgn.sedikit air.tutup semula tudung nasi..ulang seperti di atas dgn.merenjis pewarna lagi..

5.selepas itu gaul nasi tadi perlahan2 supaya asi tidak patah sehingga warna tadi mengena padi nasi bahagian 
  bawah..tutup dan tunggu sehingga masak nasi tadi.siap...


(Nota : sekiranya nasi tadi ada nampak sedikit kurang masak /mentah anda bolehlah alaskan daun pisang/plastik diatas nasi dlm periuk td.semasa kering)



SeT NaSi BeRiAnI..makan tengahari...simple tp.sedap...