glitter-graphics.com href="http://www.glitter-works.org" target=_blank>glitter-graphics.com

Ahad, 24 April 2011

ApAm PoLkA DoT

Cantik tak apam ni...bewarna warni rasa cm sayang nk makan....



Assalamualaikum dan selamat pagi...adui dh lama tak bersua disini.bukan apa zai skrg sibuk sikit..zai nk pindah jadi sibuk lah mengemas barang nk hantar kt kampung...tp dlm kesibukan ni 2 hari lps zai ada watkan buah tangan utk.diberi kepada kenalan baru zai suami dia nk g bekerja di Qatar.

Suami dia kawan suami zai.kebetulan sama2 dpt kerja di sana.suami zai bertlak bln 5 ni...sebab tu zai sibuk sikit skrg...ok buah tangan yg zai maksudkan tu ialah apam polka dot...zai baru pertama kali cuba nasib baik menjadi...ingat nak wat kek nk kasi tp dia pn memang kaki wat kek so zai pn cr pnya cari skodeng pnya skodeng benda apa yg best ckit nk bawa.jadi jumpalah apam polka dot ni...

resepi ni dh lm zai simpan.terima kasih kpd empunya resepi ni...best wat nya x de masalah juz ambil masa lama sikitlah sebab zai br cuba dh wat 2 adunan.tapi memang syok.di sini zai lampirkan resepinya...



Bahan2nya:


3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair - (zai guna santan)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (zai guna sekaya dan rozella filling)
pewarna
paper cup secukupnya


Cara-cara

masukkan telur pukul sehingga kembang,selepas itu masuk gula terus pukul dan masukan ovalette.pukul sehingga kembang.selepas itu masukan santan berselang seli dgn tepung yg diayak bersama baking powder. pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
last sekali dot-dot kan dengan adunan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak



ni separuh kasi kawan zai separuh kasi jiran2 zai...

2 ulasan:

Idah berkata...

betul laa...sayang pulak kalu nak makan kan..cantik...colourful..rainbow

ZAiDaH SuTaN berkata...

ar2...sayang nak makan...buat punyalah cantik nak makan lak takut..hehhehe..apa2 pun yg penting sedap...