glitter-graphics.com href="http://www.glitter-works.org" target=_blank>glitter-graphics.com

Selasa, 8 Mac 2011

TaLaM KeLaDi

TaLaM KeLaDi...VS...TuPpErWeAr KeLaDi...





Ni lak projek ke-3...projek last dh penat dah...ngantuk dah...pukoi 1pg td baru siap kukus semua...zai wat 3 bekas..hhuuhh..tak baik mengeluh...ishh..ishhh...k lah kepada semua lihatlah resepi ni dan cuba lah buat..zai juz tambah sikit2 jer...selalunya org panggil talam keladi tapi zai nak kasi nama baru iaitu TUPPERWEAR KELADI....ha nama baru ni   sesapa jgn tiru er...hehehe...suka hati org lah kan nak kukus dlm ape pun..



Bahan-bahan ( satu famili )

(utk lapis bawah)
300 ml santan dari 150 gm kelapa parut (buang kulit)
Garam secukup rasa
65 gm tepung beras
1 tsp tepung gandum biasa
100 gm keladi (yam), potong dadu & kukus separuh masak & lenyek2kan sedikit
55 gm gula pasir

(utk lapisan atas)
100 ml santan dari 100 gm kelapa parut (buang kulit)
Garam secukup rasa
80 gm gula pasir
2 tbsp tepung beras
20 gm tepung jagung
1 biji telor, dipukul sedikit
Sedikit pewarna unggu (purple or violet)


(Nota : untuk.lapisan atas ni zai wat guna 3kali adunan maknanya kalau santan zai jd.kan 300ml.zai nak seimbangkan lapisan atas dan bawah.jadi bahan2 lain pun perlu tambahkan juga.)




I like purple....



Cara-cara

Campurkan semua adunan untuk lapisan bawah.
 Panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letak loyang berukuran 8" bulat ber-griskan sedikit minyak.
Tuang adunan untuk lapisan bawah pada loyang tadi & kukus selama 10-15 min
(lapisan atas): Di mangkuk lain, campurkan santan, garam & gula hingga sebati.
Masukkan tepung beras & bahan2 lainnya. Gaul hingga sebati & tidak berbentil2; tapiskan.
 Tuang adunan ini keatas lapisan bawah.
Tutup semula kukusan tadi & kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak.
 Alihkan untuk disejukkan & potong.
 Gunakan pisau plastik & sapu sedikit minyak untuk memotong supaya tidak melekat.


(Nota : kalau guna tupperwear tak perlu sapu minyak..)

2 ulasan:

aidah berkata...

mesti sedap kan talam keladi tu. akak memang tak pernah buat, nak mencubanya pulak takut anak2 tak makan.

zai berkata...

ar2..selalunya org tua2 suka lah makanan ni.ni pun zai nk bawa g kt atok sedara..