Assalamualaikum dan selamat petang...adui dh lama rs x n3..bkn per minggu cuti sekolah ni bnyk la aktiviti walaupun x der anak g..hehehe...yela...balik kampung dh nk seminggu ada kenduri sana sini g jemputan...biasalah kena sosial ckit...hehehe...jadi hari ni br lah nk upload masakan yg dh zai wat...mlm tadi terasa nk makan pizza jadi buatlah...dah bnyak kali zai wat pizza skrg ni dh x yah beli dh ckp je nk makan pe insyaallah dpt wat...cheewahh...sombongnya...hehehe...sebenarnya zai lebih suka masak dr. beli kt kedai tu...kita masak tau apa yg dimasukkan dan dijamin bersih tu yg.penting...k lah dibawah ni zai g resepinya..resepi ni zai x ingat lah amik kt mana tp zai dh tambah tolak ckit2 je..hehehe..
Doh Pizza
Bahan:
300 gm tepung roti/gandum (zai guna t/gandum)
200 ml air suam
1 sudu teh garam
1 sudu teh yis kering
2 sudu makan shortening/margerin/minyak zaitun/minyak sayur.
1 sudu makan gula
2 sudu makan susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh softener
1 biji telur dipukul/sedikit minyak zaitun/minyak sayur utk.disapu ditepi kelim doh.
Sos Pizza
(ikut sukatan anda sendiri untuk citarasa anda)
paste cili kering
sos cili
sos tomato
kiub pati ayam
(masak guna kuali masak ayam dibawah.air masak ayam jgn dibuang masukkan shj semua sos tadi)
Topping
sedikit minyak(jgn terlalu banyak dlm 2 sudu shj)
seulas bawang putih dicingcang halusdaging ayam dipotong kecil2
(daging ayam ni dimasak sekejap guna minyak dan bwng putih dan toskan airnya.kuali yg ada air ayam ni guna untuk masak sos)
(sayur ikut kesukaan anda zai guna sayur2 dibawah ni jer)
tomato dipotong dadu
cupcicum (cili besar bulat/cili genting)
bawang besar
nenas potong kecil
sosej dipotong nipis
mozzarrela cheese parut
cara:
1.masukkan semua bahan dalam mixer putar sampai tepung jadi licin(guna hock untuk doh)@gn BM setting doh.kalau nk guna tangan untuk mengguli masukkan semua bahan dlm bekas kecuali air gaul sehingga jadi seperti serbuk roti.selepas itu masukkan air dan uli sehingga licin.doh ni lembik sedikit.tabur tepung sedikit untuk mengurangkan melekit.
2.rehatkan tepung tadi sehingga naik 2kali ganda.
3.selepas naik 2kali ganda tumbuk doh tadi menjadi leper untuk keluarkan angin.
4.bentukkan doh yang telah ditumbuk tadi seperti gambar dibawah.ikut langkah2 dibawah...
cara kelim ambil doh dr tepi tarik masuk dalam bahagian lekuk tudung periuk. |
buat kelim sehingga siap dan gunakan jari untuk tekan dibahagian dalam supaya sos dan inti melakat ditepung. |
sapu telur/minyak zaiton/minyak sayur dibahagian tepi atas kelim sahaja(zai guna telur lebih wat kuih.hehehe.guna minyak cantik sikit sbb bila bakar bahagian tepi nampak kilat dan lambat garing) |
selepas itu sapukan sos diatasnya |
taburlah sayur daging ayam,sosej dan mozzarela cheese.rehatkan supaya naik 2kali ganda sebelum bakar. |
Bahan2 Topping
daging ayam yg.telah dimasak |
siap dibakar dan boleh dihidangkan.............. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan