glitter-graphics.com href="http://www.glitter-works.org" target=_blank>glitter-graphics.com

Ahad, 27 Mac 2011

LaKsA KeDaH@PeNaNg




Assalamualaikum semua...harini walaupun org bnyk cuti tp harini tinggal sorang gak cik abg keja.huhuhu...ermh..harini hari kemas2 rumah...apalagi nk basuh,mengemas semualah keja org pompuan kan...zai ingt tempoh hari nk wat laksa tp terpaksa ditunda lak...haa...harini apalagi zai wat lah...semua bahan dh ada...so jadilah laksa kedah ni...org panggil laksa penang..yeke...zai kan org kedah jd namanya laksa kedah lah mana boleh org kedah wat nk bg nama kt org penang lak kan...hehe...tp apa2 pn sama saja kedah ke penang...ni lah resepinya...

Bahan kuah:(ikut hidangan anda)
*beberapa ulas bawang merah
*beberapa tangkai cili padi
*cili kering yg.dh direbus - ikut selera kalau nk pedas ke tak
*sedikit belacan
ikan direbus diambil isi dan dikisar bersama air rebusan tadi
daun kesum
bunga kantan
asam keping (lebihkan sedikit supaya masam)
garam
serbuk perasa
laksa - (direndam dan rebus sehingga lembut)
sayuran untuk tabur di atas
timun dipotong halus
bawang besar dimayang halus
daun selom -(kalau kat kedah panggil daun selom kalau tempat lain tak tau lah macam ulam gak la)
 telur rebus

(nota : bahan yg bertanda* dikisar halus)

cara:
masak@ rebus bahan yang dikisar bersama daun kesum,bunga kantan dan asam keping.masak sehingga sedikit kering.kemudian masukan isi ikan yg telah dikisar tadi..masuk garam dan serbuk perasa.masak sehingga menggelegak.siap untuk dihidang.

(nota:kuah laksa ni mesti masam sedikit baru sedap)

Tiada ulasan: